MEG Unify-X untuk kelas prestasi

Gaya HidupMEG Unify-X untuk kelas prestasi

Bagi pengguna pemproses Advanced Micro Devices (AMD) daripada generasi Ryzen khususnya bagi siri Ryzen 9 5900X perlu memikirkan papan induk yang setara dengan prestasinya.

Untuk kategori pemproses berkenaan, MSI MEG B550 Unify-X menawarkan semua talaan prestasi malah sesuai dengan pemproses berkenaan.

Penalaan prestasi khusus untuk pemproses ini banyak bergantung kepada keupayaan papan induk dan untuk MEG B550 Unify-X ini menampilkan rekaan 14+2 VRM.

Ia juga khusus direka untuk 90A peringkat kuasa sekali gus memastikan tiada isu akan dihadapi pengguna jika melakukan talaan lebihan prestasi atau ‘Overclocking’.

B550 Unify-X ini juga didatangkan dengan slot DDR4 termasuk empat sokongan PCIe M.2 bersama-sama 2.5GbE LAN dengan sokongan Internet Tanpa Wayar (WiFi) Generasi Keenam bagi kestabilan sambungan.

Permukaan papan induk ini juga direka untuk mengekalkan suhu pada tahap paling minimum hasil daripada rekaan pelindung aluminium dengan 7W/mK pad haba.

Papan induk kelas prestasi tinggi sememangnya memerlukan rekaan nyah haba yang lebih baik memandangkan kebanyakan pengguna lebih cenderung untuk melakukan pengubah suaian prestasi.

Bagi ‘gamers’ pula, papan induk ini menepati ciri khusus yang diperlukan kerana turut menyokong sambungan WiFi 6 dengan kestabilan Internet lebih baik.

Harian Metro

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis