Masih Ingat Kah? – Najib

BeritaMasih Ingat Kah? – Najib

5 anak-anak kecil yang hilang ibu bapa kerana Covid-19.
Arwah ayah mereka meninggal bulan Ogos, kemudian kehilangan ibu pula pada Oktober.

Saya ada masa sikit hari ini. Singgah di rumah mereka bertanya khabar.

Difahamkan 5 adik beradik kini dijaga oleh datuk dan nenek mereka.

Mereka masih kecil. Paling muda Hannan Humaira berumur 3 tahun.

Abangnya Hawwas berumur 6 tahun, Harraz 7 tahun, Husna Humaira 9 tahun dan yang paling sulung pula Hadhrami 11 tahun.

Alhamdulillah semua baik-baik.

Saya nasihatkan yang sulung supaya jaga adik-adiknya baik-baik. Mesti taat dan sayang datuk dan nenek.

Sama-sama kita doakan agar mereka sekeluarga terus diberkati.

Semoga roh mereka yang terkorban akibat Covid-19 dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Sumber: Facebook Najib Razak

anak yatim piatu kematian covid-19 meninggal dunia najib razak

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis