Mangsa Dakwaan Gangguan Seksual Pendakwah Diminta Tampil

BeritaMangsa Dakwaan Gangguan Seksual Pendakwah Diminta Tampil

KUALA LUMPUR – Saksi atau mangsa diminta tampil segera bagi membantu polis dalam kes dakwaan gangguan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kami nasihatkan mangsa yang mungkin terkesan dengan dakwaan berkenaan tampil bagi membantu pihak polis meneruskan siasatan.

“Setakat ini terdapat beberapa saksi sudah dirakam keterangan berhubung kes ini,” katanya kepada Sinar Harianpada Selasa.

Sebelum ini, polis menyatakan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular di aplikasi Telegram dikaitkan dengan seorang pendakwah.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan pihak polis sudah membuka satu kertas siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular di aplikasi Telegram dikaitkan dengan pendakwah berkenaan. – Sinar Harian

gangguan seksual pendakwah terkenal polis

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis