Malaysia Catat Rekod Tertinggi, 7,289 Kes Covid-19 Hari Ini

NasionalMalaysia Catat Rekod Tertinggi, 7,289 Kes Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Jangkitan Covid-19 terus menunjukkan trend membimbangkan apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan angka tertinggi baharu iaitu 7,289 kes.

Kali terakhir Malaysia merekodkan angka harian tertinggi ialah pada 20 Mei lalu membabitkan sebanyak 6,806 kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatat bilangan jangkitan baharu yang tertinggi dengan 2,642 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (604), Johor (664) dan Sarawak (513).

“Selain itu, Kelantan mencatatkan 425 kes, diikuti Negeri Sembilan (410),Pulau Pinang (380), Kedah (336), Terengganu (268) Sabah (266) dan Melaka (258 kes).

“Manakala bagi Perak pula (218), Pahang (211), Wilayah Persekutuan Labuan (63), Putrajaya (23) dan Perlis (8),” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau pada Selasa. – Sinar Harian

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis