Malaysia Catat Pemberian Vaksin Tertinggi Semalam

BeritaMalaysia Catat Pemberian Vaksin Tertinggi Semalam

PETALING JAYA – Pemberian vaksin Covid-19 kepada orang ramai yang dijalankan semalam di seluruh negara mencatatkan jumlah tertinggi setakat ini dengan angka sebanyak 460,158 dos.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 304,807 merupakan dos pertama manakala 155,351 ialah dos kedua.

Susulan itu, Adham menyeru orang ramai untuk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin menerusi aplikasi MySejahtera atau menghubungi 1800-88-8828 untuk temu janji.

Rabu lalu, jumlah pemberian vaksin Covid-19 kepada orang ramai mencatatkan sebanyak 434,828 dos dengan pembahagian 279,938 dos pertama dan 154,890 dos kedua.

Kredit: Kosmo!

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis