Malaysia Catat Kes Harian COVID-19 Tertinggi 11,079 Kes

BeritaMalaysia Catat Kes Harian COVID-19 Tertinggi 11,079 Kes

PUTRAJAYA – Malaysia pertama kali melaporkan kes harian COVID-19 melebihi 11,000 kes apabila merekodkan 11,079 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, Selangor menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu iaitu 5,263 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,521 kes, Negeri Sembilan (1,033), Kedah (497), Sarawak (472), Johor (406), Perak (329), Melaka (323), Pahang (321), Sabah (239), Pulau Pinang (234) dan Kelantan (211).

Terengganu merekodkan 93 kes, Labuan (60) dan Putrajaya (77).

“Hanya Perlis tidak melaporkan sebarang pertambahan kes baharu,” katanya dalam Facebooknya hari ini. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis