Malaysia catat 1,141 kes baharu Covid-19, Selangor dan Sabah masih rekodkan jangkitan tertinggi

NasionalMalaysia catat 1,141 kes baharu Covid-19, Selangor dan Sabah masih rekodkan jangkitan...

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,141 kes baharu, menjadikan keseluruhan 70,236 kes setakat Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 10,799 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Selangor dan Sabah pada Jumaat masing-masing melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 320 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (256 kes).

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 1,141 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal 376 kes,” katanya pada sidang media, petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 1,144 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 59,061 kes.

“Sehingga kini, terdapat 129 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat lapan kluster baharu dikesan pada Jumaat.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis