Mafarikha memberi nafas baru kepada lagu klasik tanah air

Gaya HidupMafarikha memberi nafas baru kepada lagu klasik tanah air

CYBERJAYA – Seniman M Nasir dan penyanyi Mafarikha mengadakan kolaborasi pertama dalam memberi nafas baharu kepada lagu-lagu klasik.

Kabut Serangkai Mawar, sebuah lagu klasik nyanyian Zaiton Sameon dan ciptaan Datoʼ M. Nasir, telah dipilih untuk digubah semula dan dijadikan sebagai sebuah ʻremakeʼ.

Dengan lontaran suaranya yang lantang dan kebolehannya untuk menyampaikan emosi dan jiwa yang merinding dengan nyanyiannya, dipersetujui bahawa Mafarikha adalah calon yang terbaik untuk kolaborasi ini.

Untuk mencapai kualiti lagu yang diinginkan, produser berkaliber Ashraf Aasimudin telah dipilih khas oleh Mafarikha untuk menjadi produser kepada lagu Kabut Serangkai Mawar 2021.

Dengan kerjasama ahli-ahli Luncai Emas yang penuh bakat dan tunjuk ajar sifu Dato M Nasir, gubahan baru ini telah berjaya dijadikan sebuah ʻmasterpieceʼ.

Penggubahan semula lagu Kabut Serangkai Mawar adalah usaha dan kerjasama pelbagai pihak dan bakat, di mana hasilnya merupakan satu penyampaian yang indah. Mafarikha telah berjaya menyalurkan suara lantangnya ke dalam lagu ini dengan penuh emosi dan penghayatan, serupa dengan Zaiton Sameon namun dengan keunikan dan ʻcharacterʼ tersendiri.

Luncai Emas merupakan sebuah syarikat rakaman yang terkenal dengan mempunyai keunikan tersendiri, yang boleh dilihat dalam pemilihan artis – artis mereka yang mengikuti dasar bakat dan identiti, yang lain daripada yang lain, berbeza dengan bakat tempatan yang ada sekarang dan mempunyai seni yang tersendiri.

Mafarikha telah dipilih kerana kebolehannya yang unik, sekaligus menjadi satu-satunya artis wanita di dalam Luncai Emas.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis