“Lupakanlah De Paula… gagal beri impak”

Gaya Hidup“Lupakanlah De Paula… gagal beri impak”

De Paula dikatakan gagal memberi impak kepada pasukan kebangsaan.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGANALISIS sukan, Dr Pekan Ramli melihat tiada keperluaan buat Harimau Malaya untuk menyenaraikan pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula bersama skuad kebangsaan pada temasya Piala AFF Suzuki di Singapura hujung tahun ini.

Tegasnya, pendirian dan pandangan ini berdasarkan peluang yang telah diberikan kepadanya dalam beberapa siri perlawanan persahabatan apabila De Paula ternyata gagal memberikan impak buat pasukan.

“Secara jujur berilah peluang kepada pemain tempatan berbanding dia (De Paula) yang telah terbukti gagal dalam beberapa persembahan sebelum ini.

“Buat apa Tan Cheng Hoe bazirkan masa beri peluang, adalah lebih baik pemain tempatan diberikan peluang membentuk gandingan yang lebih berkesan.

“Cukup-cukuplah gunakan De Paula, sama juga hasilnya tidak membantu pasukan,” jelasnya kepada CAKAP SUKAN, pada Selasa.

Dr Pekan Ramli

Tambah Dr Pekan, kesan negatif juga akan menimpa De Paula seandainya Harimau Malaya gagal meraih kemenangan pada Piala AFF Suzuki nanti.

“Bayangkan jika Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan atau menjulang piala, pastinya natijah kecaman  akan diterima De Paula, peminat akan mengkritiknya begitu juga kepada Cheng Hoe serta FAM.

“Bagi saya jika dia tiada dalam pasukan pun bukanlah satu masalah kerana kehilangan satu pemain yang tidak memberikan impak kepada pasukan bukanlah kerugian, jika melihat prestasi semasa De Paula ketika ini,  lainlah jika pemain berkenaan seperti Cristiano Ronaldo mahupu Lionel Messi,” katanya.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis