Leon Fuat Berhad Catat 1,110% Peningkatan Keuntungan

BeritaLeon Fuat Berhad Catat 1,110% Peningkatan Keuntungan

SHAH ALAM – Pengeluar dan pedagang produk keluli, Leon Fuat Berhad yang mengkhusus di dalam produk rata dan bergulung panjang, hari ini mengumumkan bahawa Kumpulan telah mencatat peningkatan 1,110.1% dalam keuntungan selepas cukai (“PAT”) iaitu RM32.12 juta bagi suku tahunan berakhir 30 Jun 2021 (“2Q 2021”) berbanding RM2.65 juta yang dicatat bagi suku berakhir 30 Jun 2020 (“2Q 2020”).

Perolehan teguh di dalam PAT adalah didorong oleh peningkatan sebanyak 322.5% dalam keuntungan kasar (“GP”) iaitu RM53.46 juta pada 2Q 2021 dipacu oleh keseluruhan margin keuntungan kasar lebih tinggi 17.0 mata peratus berbanding RM12.65 juta dalam GP yang dicatat pada 2Q 2020.

Kumpulan mencatat pertumbuhan sebanyak 73.1% dalam perolehan kepada RM184.78 juta suku tahunan dibawah kajian berbanding RM106.76 juta yang dicatat pada 2Q 2020.

Daripada segi segmen, perolehan daripada produk keluli meningkat 74.0% kepada RM73.88 juta manakala perolehan daripada pemprosesan produk keluli naik sebanyak 72.7% kepada RM110.85 juta.

Bahagian perolehan daripada segmen dagangan adalah sebanyak 40.0% bagi 2Q 2021 manakala bahagian daripada segmen pemprosesan adalah 60.0%.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2021 (“1H 2021”), PAT meningkat sebanyak 1,735.5% kepada RM68.23 juta berbanding RM3.72 juta dicatat dalam enam bulan berakhir 30 Jun 2020 (“1H 2020”).

Bagi tempoh yang disemak, PAT disokong oleh peningkatan GP sebanyak 308.8% kepada RM106.80 juta berbanding GP sebanyak RM26.12 juta pada 1H 2020.

Perolehan di dalam GP bagi 1H 2021 didorong oleh peningkatan perolehan sebanyak 74.7% kepada RM396.26 juta berbanding RM226.79 juta yang dicatat bagi 1H 2020 selain keseluruhan margin keuntungan kasar lebih baik yang meraih 15.5 mata peratus kepada 27.0% pada 1H 2021 berbanding 11.5% pada 1H 2020.

Calvin Ooi Shang How, Pengarah Eksekutif Leon Fuat berkata, “Kami gembira dengan keputusan positif ini, dan kami kekal optimistik bagi baki tahun ini walaupun wujud ketidaktentuan yang menjejaskan prospek masa mendatang ini.’’

Lonjakan di dalam harga keluli dunia sejak tahun lepas telah disokong oleh pemulihan ekonomi dan pembukaan perlahan-lahan ekonomi di seluruh dunia.

Jangkaan pemulihan ekonomi akan mengembalikan permintaan industri yang diharap dapat mengekalkan momentum menaik bagi sektor keluli.

“Bagi Malaysia, kami melihat usaha melonggarkan sekatan secara perlahan-lahan seiring dengan kemajuan di dalam program vaksinasi di seluruh negara, akan membantu memulihkan semula ekonomi.

“Kami menyokong langkah-langkah kerajaan untuk mengembalikan masyarakat ke keadaan normal dan menekankan penyegaran semula ekonomi.

“Kami adalah komited untuk meneruskan momentum positif ini, membina fundamental kami yang teguh dan sokongan berterusan daripada para pelabur kami,” katanya.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis