Lembah Klang, Melaka Beralih Ke Fasa 4 Isnin Ini

BeritaLembah Klang, Melaka Beralih Ke Fasa 4 Isnin Ini

KUALA LUMPUR – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor serta Melaka akan beralih daripada Fasa Tiga kepada Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini.
Manakala, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah pula akan beralih daripada Fasa Dua kepada Fasa Tiga berkuat kuasa tarikh sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikannya hari ini.

Beliau berkata dengan peralihan fasa bagi negeri-negeri itu, Malaysia secara keseluruhannya kini beralih ke Fasa Tiga.

“Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dan peratusan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa,” katanya. – BERNAMA

Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara kuala lumpur Melaka Putrajaya selangor

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis