Legenda Spurs, Chelsea Jimmy Greaves meninggal dunia

Gaya HidupLegenda Spurs, Chelsea Jimmy Greaves meninggal dunia

Greaves antara penyerang berbisa ketika eranya bersama Spurs.

BEKAS penyerang legenda Tottenham dan Chelsea, Jimmy Greaves meninggal dunia pada usia 81 tahun awal pagi Ahad.

Greaves antara penjaring terbanyak yang dalam bola sepak Inggeris, juga merupakan bekas pemain Piala Dunia 1966 bersama England.

Harry Kane bergambar bersama legenda Greaves penghujung tahun lalu.

Mendiang mengalami strok pada 2015 dan sejak itu memerlukan penjagaan yang rapi.

Sepanjang kariernya, Greaves merakam 447 gol keseluruhan termasuk 266 gol untuk Spurs dan 44 gol ketika bersama Chelsea serta 57 gol untuk England.

Greaves bersama isterinya Irene.

Ketika bersama Spurs, dia turut membantu menjulang trofi Piala FA dua kali serta Piala Eropah ketika era 1960-an.

Mendiang meninggal dunia disisi isterinya Irene bersama empat orang anak – Lynn, Mitzi, Danny dan Andrew serta 10 orang cucu dan cicit.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis