Lebih 7.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Diberi Setakat Semalam

BeritaLebih 7.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Diberi Setakat Semalam

KUALA LUMPUR – Sebanyak 7,593,179 dos vaksin diberikan setakat semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, jumlah penerima dos pertama ialah 5,463,128 orang dan daripada jumlah itu, 2,130,051 orang menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 197,274 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini. 

Sementara itu, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 275,098 orang, diikuti Sarawak (240,232), Johor (224,441), Perak (195,469) dan Sabah (180,825). – BERNAMA

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis