Lebih 6.8 Juta Dos Vaksin Diberikan

BeritaLebih 6.8 Juta Dos Vaksin Diberikan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,823,104 dos vaksin diberikan di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, hari ini.

Dr Adham menerusi perkongsian di Twitter berkata, jumlah penerima dos pertama ialah 4,924,334 orang dan daripada jumlah itu, 1,898,770 orang menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

Sementara itu, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 251,260 orang, diikuti Johor (199,873), Sarawak (195,607), Perak (173,389) dan Kuala Lumpur (163,987).

Berhubung vaksinasi harian PICK, beliau berkata, 268,604 dos diberikan semalam berbanding 252,773 dos pada hari sebelumnya.

Menurut Dr Adham daripada jumlah itu, 175,201 merupakan penerima dos pertama manakala 93,403 adalah dos kedua. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis