Lebih 22 Juta Populasi Dewasa Lengkap Vaksin Covid-19

BeritaLebih 22 Juta Populasi Dewasa Lengkap Vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Sebanyak 22,013,263 atau 94 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap dos vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW.
Dalam tempoh sama, 97.2 peratus atau 22,764,203 individu populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam juga, 134,684 dos suntikan vaksin telah diberikan melibatkan 118,575 suntikan dos lengkap dan 14,744 menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 48,181,111.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 1,039,689 atau 33 peratus individu telah lengkap vaksin manakala 79.1 peratus atau 2,491,822 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula 8 Sept lalu.

Dalam pada itu, sejumlah 1,365 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 32,121. – BERNAMA

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis