Lebih 14.3 Juta Dos Vaksin COVID-19 Diberikan

BeritaLebih 14.3 Juta Dos Vaksin COVID-19 Diberikan

PUTRAJAYA – Sejumlah 14,347,285 dos vaksin sudah diberikan setakat jam 11.59 malam tadi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam usaha untuk mencapai imuniti kelompok.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam laporan hariannya, memaklumkan sebanyak 344,961 dos diberikan semalam, dengan 244,761 membabitkan dos pertama, manakala 100,200 dos kedua.

Setakat ini, di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebanyak 3,866,419 juta dos pertama sudah diberikan diikuti Sarawak (1,563,346), Johor (674,506), Perak (571,833) dan Pulau Pinang (505,640).

Bagi dos kedua pula, negeri di Lembah Klang mencacatkan sebanyak 1,226,698, disusuli Sarawak (894,373), Johor (376,373) dan Sabah (362,659).

Labuan membabitkan peratusan pemberian vaksin sebanyak 86.8 peratus daripada populasi dewasa sudah menerima dos pertama vaksin dengan 62 peratus menerima dua dos setakat malam tadi.

Ia diikuti Sarawak dengan 76.5 peratus populasi dewasa menerima dos pertama dengan 43.8 peratus menerima dos kedua, manakala di Lembah Klang, sebanyak 62.7 peratus populasi penduduk dewasa menerima dos pertama dengan 19.9 peratus menerima dos kedua.

Negeri Sembilan turut menunjukkan sebanyak 53.4 peratus populasi dewasa menerima dos pertama dengan 20 peratus menerima dos kedua. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis