Lebih 1.7 Juta Warga Emas Terima Suntikan Vaksin Covid-19

BeritaLebih 1.7 Juta Warga Emas Terima Suntikan Vaksin Covid-19

SEPANG – Lebih 1.7 juta warga emas di seluruh negara menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

“Data sehingga 20 Jun itu menunjukkan, daripada jumlah itu seramai 568,282 warga emas sudah lengkap menerima dua dos suntikan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan peribadinya berbentuk barang keperluan bagi menyokong Program Komuniti Gerobok Rezeki di Desa Vista, di sini, hari ini.

Menurutnya, kira-kira 2.6 juta daripada 3.2 juta warga emas di Malaysia mendaftar di aplikasi MySejahtera untuk mendapat suntikan Covid-19.

“Usaha berterusan untuk menggalakkan lebih banyak warga emas berdaftar mendapat vaksin dilaksanakan, antaranya advokasi dan pendaftaran dari rumah ke rumah oleh sukarelawan,” katanya.

Mengenai Program Komuniti Gerobok Rezeki, Rina berkata inisiatif berkenaan dimulakan penduduk tempatan sejak dua bulan lalu dan sokongannya dengan memberi sumbangan adalah untuk menyuburkan semangat ‘kita jaga kita’ bagi masyarakat membantu antara satu sama lain. – BERNAMA

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis