“Lagu best ni wajib karok” – Pernah Famous Dengan Lagu Bidadari tahun 90-an, Ini Wajah Terkini Vokalis Kumpulan Lela

Gaya Hidup“Lagu best ni wajib karok” – Pernah Famous Dengan Lagu Bidadari tahun...

Bagi mereka yang lahir pada tahun 70-an, 80-an dan 90-an pasti akan kenal dengan Kumpulan Lela kan? Antara lagu yang sampai sekarang tersemat dalam minda kita adalah lagu jiwang iaitu Bidadari.

Suara yang nyaring dan lirik yang tangkap leleh ini sudah semestinya menjadi siulan generasi ini dan menjadi pilihan utama di dalam bilik karaoke.

Bila terdengar lagu ni,  mesti mengimbau kenangan zaman-zaman muda duluka? Manakan tidak, mereka yang lahir awal 90-an umurnya dah mencecah 30 an dah pun.

Kumpulan Lela

 

Kalau dah teringat zaman muda remaja, pernah tak korang terfikir apa jadi dengan penyanyi lagu ni sekarang?

Sebelum min kongsikan dengan lebih lanjut wajah terkini penyanyi kumpulan Lela ini, biar min kongsikan serba sedikit pasal Kumpulan Lela ini.

Kumpulan Lela ini terdiri daripada 4 orang anggota iaitu , Rifkee (vokalis), Din (guitar), Ali (bass), dan Rahman (drum). Untuk pengetahuan, Rifkee ini namanya dikenali sebagai Rifkee Banafe, dan dia adalah adik kepada pelakon popular satu ketika dahulu iaitu Betty Banafe.

Kumpulan rock Lela ini, aktif pada tahun 90-an, pada waktu ini anggota Kumpulan Lela terdiri daripada golongan remaja yang berasail dari Melaka dan Johor.

Meh kasi layan sikit lagu diaorang yang paling famous.

Menurut Harian Metro, sebenarnya penyanyi asal lagu ini adalah Ali, tetapi dia  membuka laluan buat Rifkee Banafe menjadi penyanyi utama mendendangkan lagu popular Bidadari yang melonjakkan nama kumpulan itu pada era 1990-an.

Last pada Januari 2018, Ali dilaporkan bergerak solo sehingga kini. Jadi, apa perkembangan Rifkee Banafe sekarang?

Bidadari, dulu VS kini

Satu video viral di TikTok memperlihatkan penampilan terkini Rifkee Banafe, dalam video tersebut dilihat Rifkee mendendangkan semula lagu Bidadari dalam sebuah majlis.

Menurut komen-komen daripada netizen dekat TikTok aerzman_aierrahman ini, ramai yang mengimbau zaman-zaman lagu ini dan sehingga sekarang lagu Bidadari ini menjadi pilihan ketika karaoke.

Difahamkan, netizen kata dia kini sedang mengusahakan restoran Banafe yang terkenal di Johor Bahru.

Masuk Gegar Vaganza mesti menggamit nostalgia peminat lama – Netizen

 

 

Alahai, kalau ikutkan usia lagu ni mungkin dah 29 tahun lamanya.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis