Kuala Lumpur Sudah Bebas, Selangor Jadi Tanda Tanya

BeritaKuala Lumpur Sudah Bebas, Selangor Jadi Tanda Tanya

PETALING JAYA – Sembilan lokaliti di Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ­ (PKPD) sejak 3 Julai lalu tamat hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sembilan lokaliti itu ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, PPR Batu Muda, Kampung Padang Ba­lang dan Taman Koperasi Polis (Fasa 2).

Turut ditamatkan Flat Sri Sabah, PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas.

Namun, nasib lapan daerah di Selangor yang membabitkan 34 buah mukim yang turut diumumkan PKPD sebelum ini masih belum diputuskan lagi.

Terdahulu, pada 1 Julai lalu, Ismail Sabri telah memutuskan untuk melaksanakan PKPD di lapan daerah dalam Selangor yang membabitkan 34 buah mukim serta 14 lokaliti di Kuala Lumpur.

Perintah tersebut dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bermula 3 Julai dan dijadualkan tamat hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak tiga lokaliti di Sabah dan tiga lokaliti di daerah Kerian, Perak akan dilaksanakan PKPD bermula 17 Julai sehingga 30 Julai 2021.

Ismail Sabri berkata, tiga lokaliti di Sabah adalah Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat, Perumahan Sabah Forest Industry, Sipitang dan Penjara Tawau serta Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau.

“Tiga lagi lokaliti di daerah Kerian, Perak adalah, Apartmen Tropicana Bukit Merah, Kampung Tersusun Pondok Tanjung serta Kampung Binjai,” jelasnya. – K! ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis