Ku Li, Ismail Sabri Antara 4 Nama Calon PM UMNO

BeritaKu Li, Ismail Sabri Antara 4 Nama Calon PM UMNO

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, 84, dan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 61, antara empat nama yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Dua lagi nama ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, 68, dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 68.

“Ya, empat nama ini akan diserahkan oleh pucuk pimpinan parti yang menghadap Seri Paduka di Istana Negara hari ini,” kata sumber UMNO yang layak dipercayai kepada Utusan Malaysia pagi ini.

Dalam pemilihan calon Perdana Menteri kesembilan, UMNO meletakkan syarat yang perlu dipersetujui bersama iaitu keputusan daripada parti berkenaan perlu dikumpul dalam Akuan Sumpah (SD) yang sama dan tidak boleh berasingan.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong dan kini terserah kepada Seri Paduka untuk melantik Perdana Menteri baharu. – UTUSAN ONLINE

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis