KKM Nafi Varian Mu Tersebar Ke Malaysia

BeritaKKM Nafi Varian Mu Tersebar Ke Malaysia

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan berita disiarkan di sebuah portal yang mendakwa ada varian tertentu sudah masuk ke Malaysia.
Menerusi kenyataan di Facebook (FB), KKM meminta semua pihak tidak menyebarkan berita yang tidak benar itu bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

KKM turut melampirkan tangkap layar portal berita berkenaan dengan cop tertera perkataan ‘palsu fake news‘ di atas paparan berita berkenaan.

Semalam, tular berita daripada beberapa portal Indonesia mendakwa varian baharu Covid-19 dikenali sebagai Mu yang pertama kali dikesan di Colombia sudah tersebar di Malaysia. – myMetro Online

berita palsu KKM pandemik COVID-19 Varian Mu

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis