KJ Buat Lawatan Mengejut Ke Hospital Kajang

BeritaKJ Buat Lawatan Mengejut Ke Hospital Kajang

KUALA LUMPUR : Kakitangan Hospital Kajang hari ini menerima kejutan apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) melakukan lawatan tanpa dirancang secara rasmi ke sana.

Melalui beberapa keping gambar yang tersebar di media sosial, KJ dilihat berpakaian informal dan hanya datang dengan seorang pegawainya sahaja.

Tidak kelihatan mana-mana pengurusan tertinggi hospital dalam gambar-gambar berkenaan.

Menteri Kesihatan itu dilihat beramah-mesra dengan beberapa kakitangan biasa hospital.

Tindakan KJ itu mendapat pujian banyak pihak.

Rata-rata netizen memberikan komen yang amat positif terhadap langkah yang diambil KJ.

Secara umum, netizen beranggapan ini adalah cara yang sepatutnya dilakukan oleh semua menteri yang melakukan lawatan tanpa sebarang amaran.

Dengan cara ini kata mereka, situasi sebenar di sesuatu tempat dapat tempat atau lokasi.

” Patut macam ini la lawatan menteri… Bukan bulan depan nak datang, bulan ini dah inform (maklum), memang la semua bawah karpet,” kata pengguna media sosial yang mengelar dirinya Epozer Lulu.

Menurut Mohd Ridduan Md Abu pula: “Ini bukan sahaja pengarah tersentak.. Exco Kesihatan pun boleh tersentak ni…”.

Setakat ini, pihak KJ sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai lawatan itu.

Tinjauan Mynewshub mendapati status berkaitan lawatan KJ itu mendapat perkongsian yang tinggi di kalangan netizen semua platform media sosial. – MYNEWSHUB

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis