KFA Sila Bayar Cukai Tertunggak

BeritaKFA Sila Bayar Cukai Tertunggak

TERKEJUT penulis baca kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang juga Menteri Besar (MB) Kedah mengenai tunggakan cukai KFA.
Bukan kerana berjumlah RM10.4 juta, tetapi tindakannya mempersoalkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mahu menuntut cukai tersebut.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/09/867915/lhdn-tuntut-tunggakan-cukai-rm104-juta-dari-kfa

Sebagai seorang MB beliau sepatutnya lebih arif tentang aspek perundangan dan percukaian berbanding rakyat marhain.

Beliau menyatakan tunggakan cukai itu disebabkan pengurusan lama KFA gagal melunaskan bayaran itu kepada LHDNM.

Justeru, beliau mahu berbincang dengan LHDNM untuk menghapus kira tunggakan itu berikutan LHDNM didakwa gagal menuntut kutipan bayaran ketika itu.

“Tunggakan ini berlaku pada masa lalu, tak bolehlah kutip sekarang. Justeru saya berunding dengan LHDNM untuk memohon hapus kira di atas kegagalan mereka membuat kutipan pada masa lalu.

“Dosanya pada masa lalu dan kerja saya pula menyucikan dosa lama,” katanya seperti dilaporkan media.

Bagi penulis tidak sepatutnya pengurusan baharu KFA cuba mengelak daripada tanggungjawab melunaskan tunggakan cukai dengan memberi alasan demikian.

Jika begitu sangat mudah untuk mana-mana organisasi tidak perlu membayar cukai berjuta ringgit dengan hanya menukar pengurusan.

Malah mempersoalkan LHDNM tidak dapat mengutip cukai tersebut sebelum ini disebabkan pengurusan lama tidak memberi kerjasama.

Bukankah keengganan pengurusan baharu melunaskan tunggakan cukai tersebut juga satu bentuk keengganan bekerjasama?

Sedangkan ramai pihak dalam Malaysia dikehendaki membayar tunggakan cukai pendapatan mereka.

Peraturan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 mewajibkan setiap individu membayar cukai apabila menerima notis taksiran sudah lama wujud sejak 70-an.

Tidak adil kepada pembayar cukai lain yang dikehendaki membayar tunggakan cukai, tetapi pengurusan baharu KFA cuba ‘melontar peluru’ kepada LHDNM pula.

Langkah yang paling wajar adalah KFA berunding untuk mendapatkan pembayaran secara ansuran bagi menyelesaikan tunggakan cukai tersebut.

Sama seperti yang dilakukan oleh ramai pembayar cukai lain apabila berdepan kesulitan untuk menjelaskan bayaran tunggakan mereka. – Mynewshub.TV

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis