Kewujudan Slot Temu Janji Melebihi Jumlah Vaksin?

BeritaKewujudan Slot Temu Janji Melebihi Jumlah Vaksin?

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung penambahan slot janji temu vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman , Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, susulan itu satu siasatan kini sedang dijalankan berhubung laporan yang dibuat petugas PPV berkenaan.

“Berdasarkan laporan polis yang diterima, pengadu mendakwa wujud lebihan penerima vaksin yang tersenarai di dalam sistem MySejahtera berbanding jumlah vaksin yang diperuntukkan kepada PPV berkenaan.

“Polis kini dalam tindakan untuk mengambil keterangan daripada beberapa saksi berkaitan. Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Kamaruddin berkata, selaras dengan usaha untuk memastikan program imunisasi Covid -19 berjaya direalisasikan orang ramai dinasihatkan supaya memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada kerajaan.

“Polis tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha untuk mensabotaj program yang dilaksanakan sama ada untuk kepentingan individu atau sebaliknya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997,” katanya. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis