Ketua Pemuda PH Meninggal Dunia Kerana Covid-19

BeritaKetua Pemuda PH Meninggal Dunia Kerana Covid-19

PETALING JAYA – Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Ithnin meninggal dunia hari ini setelah beberapa minggu bergelut dengan Covid-19.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, pemergian Shazni Munir yang juga Ketua Pemuda Amanah merupakan satu kehilangan bagi semua pihak.

“Saya amat terasa dengan kehilangan anak muda ini yang amat dekat dengan saya. Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh pendukung Amanah.

“Semoga dikurniakan setinggi tinggi pengampunan oleh Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Kredit: Kosmo!

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis