Kes Positif COVID-19 Menurun 20 Peratus

BeritaKes Positif COVID-19 Menurun 20 Peratus

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan penurunan kira-kira 20 peratus kes positif sepanjang tujuh hari minggu epid ke-22 berakhir Sabtu lalu, berbanding minggu epid sebelumnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sebanyak 41,630 kes positif baharu dilaporkan sepanjang tempoh itu.

Katanya, purata kes aktif pula direkodkan sebanyak 81,461 berbanding minggu lalu, pengurangan sebanyak 0.6 peratus.

“Pengurangan kes ini dikesan bermula minggu epid ke-21 hingga ke-23.

“Kes kematian pula mencatatkan sebanyak 553 kematian, iaitu pengurangan sebanyak 13.7 peratus berbanding minggu epid ke-21.

“KKM juga merekodkan sebanyak 905 kes purata yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), meningkat 3.9 peratus berbanding minggu sebelumnya,” katanya pada sidang media Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Dr Adham berkata, purata kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga turut meningkat 4.1 peratus atau 454 daripada kes yang dirawat di ICU setakat 12 Jun lalu. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis