Kes Positif Covid-19 Hampir Cecah 7,000 Hari Ini

BeritaKes Positif Covid-19 Hampir Cecah 7,000 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,988 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam negara pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 758,967.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan, Selangor kekal negeri tertinggi dengan 2,885 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (988); Negeri Sembilan (692); Sarawak (544); Melaka (311); Johor (270); Kedah (250) dan Sabah (232).

Selain itu, Pahang mencatatkan 195 kes diikuti Pulau Pinang (174); Perak (149); Labuan (129); Kelantan (108); Terengganu (50); Putrajaya (10); serta satu kes di Perlis. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis