Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

BeritaKes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

SEREMBAN – Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditangguhkan sekali lagi pada 24 September depan.

Peguam pasangan itu, Haresh Mahadevan berkata, kes itu sepatutnya disebut semula di Mahkamah Majistret Seremban hari ini tetapi dijadualkan semula atas arahan mahkamah.

“Tarikh pengurusan kes Neelofa dan suami dijadualkan semula pada 24 September depan berikutan pematuhan kepada Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bil. 9 Tahun 2021,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tarikh asal pengurusan kes Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, adalah pada 23 Jun dan kemudiannya ditangguhkan kepada 15 Julai disebabkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPD) di Seremban ketika itu, ia sekali lagi ditangguhkan pada hari ini.

Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

PU Riz, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka.

Noor Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di pusat perniagaan Nilai 3, Nilai, dekat sini, pada 2 Mei lalu. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis