Kes COVID-19 Kembali Lebih 20,000

BeritaKes COVID-19 Kembali Lebih 20,000

PUTRAJAYA – Jumlah kes harian COVID-19 kembali melebihi 20,000 apabila 20,780 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,320,547 kes.

Beliau berkata, semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dengan tujuh negeri melaporkan kes harian empat angka iaitu Selangor dengan 6,921 kes, diikuti Kuala Lumpur 2,065 kes.

“Selain itu, Johor sebanyak 1,693 kes, Kedah (1,534), Sabah (1,514), Pulau Pinang (1,385), Kelantan (1,284) dan Negeri Sembilan (1,015).

“Turut mencatatkan kes baharu, Perak sebanyak 828 kes, Melaka (636), Sarawak (634), Terengganu (613), Pahang (585), Putrajaya (41), Perlis (29) dan Labuan (tiga),” katanya menerusi Facebook hari ini. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis