Kes Baharu Covid-19 Melepasi Angka 7,000

BeritaKes Baharu Covid-19 Melepasi Angka 7,000

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini melonjak kepada 7,654 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 792,693 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 3,260 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 1,550 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 698 kes.

“Kedah pula (337 kes), Johor (313 kes), Sarawak (286 kes), Melaka (230 kes), Sabah (225 kes), Pulau Pinang (185 kes), Pahang (180 kes) dan Kelantan (118 kes).

“Seterusnya negeri lain ialah Perak (94 kes), Labuan (82 kes), Terengganu (61 kes), Putrajaya (33 kes) dan Perlis (dua kes),” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini. – Kosmo!

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis