Kes Baharu Covid-19 Melebihi 8,000 Hari Ini

BeritaKes Baharu Covid-19 Melebihi 8,000 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu harian Covid-19 di negara ini melebihi angka 8,000 apabila sejumlah 8,868 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 808,658.

Menerusi perkongsian di laman Twitter hari ini, beliau berkata, Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 4,152 kes; diikuti Kuala Lumpur (1,133); Negeri Sembilan (897); Perak (543); Kedah (360); Johor (336); Sarawak (281); Sabah (279); Pulau Pinang (237); Melaka (183); Pahang (152); dan Kelantan (135).

Terengganu pula mencatat 68 kes; Labuan (64); Putrajaya (47) dan Perlis satu kes. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis