Kerajaan Menjunjung Pandangan Yang Di-Pertuan Agong

BeritaKerajaan Menjunjung Pandangan Yang Di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR – Kerajaan menjunjung pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, kerajaan akan mengambil langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

“Dalam sesi menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyembah maklum dan menasihati Seri Paduka Baginda mengenai perjalanan pengurusan pandemik Covid-19 dan penguatkuasaan Ordinan Darurat.

“Begitu juga pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan kepada rakyat,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Perdana Menteri turut menyembah maklum mengenai pelaksanaan sidang Parlimen, Pelan Pemulihan Negara dan perkara lain berkaitan.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dilaporkan berkata, Seri Paduka Baginda amat menyedari peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata, pandangan itu dizahirkan selepas Al-Sultan Abdullah memperhalusi semua pandangan pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat pakar daripada pelbagai agensi kerajaan. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis