Keputusan SPM Diumum 10 Jun Ini

BeritaKeputusan SPM Diumum 10 Jun Ini

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 akan diumumkan pada Khamis depan mulai jam 10.00 pagi.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya berkata, calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan melalui dua kaedah termasuk secara dalam talian di portal Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

“Calon juga boleh membuat semakan menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 68886,” menurut kenyataan tersebut pada Jumaat.

Menurut kementerian tersebut, perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai jam 10.00 pagi pada 10 Jun sehingga 6.00 petang pada hari sama.

“Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan,” kata kementerian.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet untuk memaklumkan kaedah bersesuaian.

Seramai 401,105 calon SPM 2020 menduduki peperiksaan itu selepas ia tertangguh beberapa kali akibat penularan Covid-19. – Sinar Harian

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis