Keputusan Pertukaran Guru Melalui eGTukar 6 Disember Ini

BeritaKeputusan Pertukaran Guru Melalui eGTukar 6 Disember Ini

KUALA LUMPUR : Keputusan permohonan pertukaran guru melalui eGTukar bagi tahun hadapan akan dikeluarkan pada 6 Disember ini.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, pemakluman itu kelak akan membolehkan guru-guru membuat persiapan yang sewajarnya.

“Di hujung penggal persekolahan ini, kami dapati ramai guru khsusunya yang memohon pertukaran melalui eGTukar bertanya bilakah keputusan eGTukar akan dikeluarkan.

“Untuk makluman semua, kita akan keluarkan keputusan eGTukar untuk pertukaran tahun hadapan pada 6 Disember 2021, ini akan memberi peluang kepada guru-guru membuat persiapan yang sewajarnya,” katanya di laman Facebook beliau pada Rabu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah menambah baik urusan pertukaran guru dengan mengguna pakai sistem eGTukar yang membenarkan permohonan dibuat secara berterusan berbanding hanya dua kali setahun, sebelum ini.

Menerusi sistem itu, pertukaran guru akan dilakukan berasaskan pada kekosongan di negeri-negeri lain dan bukan hanya tertumpu di negeri yang dipohon.

-Awani

eGTukar Guru Radzi Jidin

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis