Kenderaan TPM, AG Keluar Kediaman Muhyiddin

BeritaKenderaan TPM, AG Keluar Kediaman Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Empat kenderaan dipercayai membawa menteri Kabinet keluar dari kawasan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin di Bukit Damansara, di sini.

Kenderaan pertama dilihat keluar pada jam 12.35 tengah hari sebelum tiga lagi kenderaan keluar secara berselang beberapa minit kemudian.

Terdahulu, dilaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa menteri Kabinet berkumpul di kediaman Muhyiddin.

Turut kelihatan memasuki kediaman Muhyiddin adalah kenderaan membawa Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kehadiran menteri Kabinet yang lain tidak dapat disahkan memandangkan masing-masing menaiki kenderaan persendirian.

Selain itu, kenderaan membawa Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun juga memasuki kediaman Perdana Menteri.

Pertemuan di kediaman Muhyiddin pagi ini dipercayai berkait kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tengah malam tadi yang memaklumkan menarik sokongan kepada Muhyiddin serta merta.

Ahmad Zahid juga menggesa Muhyiddin supaya meletak jawatan secara terhormat. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis