Kenaikan Kes COVID-19 Sudah Dijangka – Dr Noor Hisham

NasionalKenaikan Kes COVID-19 Sudah Dijangka – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Jumlah kes harian penularan COVID-19 di Malaysia kini mengikut trend persamaan garis eksponensial yang dijangkakan dan ia mampu mencetuskan lonjakan kes jika tidak dibendung.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan kes COVID-19 di negara ini dapat dilihat sejak 1 April lalu.

“Kita perlu membuat persiapan bagi menghadapi segala kemungkinan, jadi tolong bantu kami (Kementerian Kesihatan) duduk di rumah. Marilah bersama-sama kita putuskan rantaian jangkitan ini.

“Mengabaikan fakta atau data (yang diberikan) ini tidak akan membantu dan ia bukan alasan untuk tidak duduk di rumah. Sekiranya mempunyai keperluan mendesak atau perlu hadir bekerja, sila patuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya dalam ciapan di Twitter, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham turut berkongsi data peningkatan kes mengikut garis eksponensial iaitu lebih 6,000 kes COVID-19 dilaporkan pada 23 Mei lalu.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 6,509 kes COVID-19 dengan 61 kes kematian dilaporkan. Pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 518,600 kes, manakala keseluruhan kes kematian 2,309 kes. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis