Kematian Akibat Covid-19 Di Malaysia Cecah 6,613 Kes

BeritaKematian Akibat Covid-19 Di Malaysia Cecah 6,613 Kes

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan 110 kes kematian hari ini, membabitkan 95 warganegara dan 15 bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes kematian itu, 45 kes dilaporkan di Selangor, 23 kes di Kuala Lumpur, 11 kes di Negeri Sembilan, tujuh kes di Johor, lima kes di Pahang, masing-masing empat kes di Kedah dan Sarawak.

“Selain itu, masing-masing tiga kes di Melaka dan Kelantan, dua kes di Sabah, masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Perak serta Labuan.

“Pertambahan kes kematian itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 di negara ini adalah 6,613 kes,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Ketua Setiausaha Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Beliau berkata, terdapat 6,095 kes sembuh dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 765,800 kes atau 86.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan 13,215 kes baharu penularan Covid-19, jumlah tertinggi setakat ini.

Katanya, ia keseluruhan kes di negara ini sebanyak 880,782 kes.

Beliau berkata, Selangor terus menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu Covid-19 dengan 6,120 kes diikuti Negeri Sembilan 1,603 kes, Kuala Lumpur (1,499), Kedah (695), Johor (599), Pulau Pinang (509) dan Melaka (484).

“Sebanyak 108,369 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini.

“Daripada jumlah itu, 885 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 432 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis