Kekalkan aksi longlai, Sri Pahang takkan kemana

Gaya HidupKekalkan aksi longlai, Sri Pahang takkan kemana

Pemain tengah Sri Pahang FC, Nor Azam Azih (tengah) berusaha mengekalkan bola dalam kawalannya walaupun diberikan tentang pemain lawan, Makan Konate.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

SRI PAHANG FC tidak akan mampu memperbaiki kedudukan dalam Liga Super seandainya terus mempamerkan aksi yang lemah dan tidak bermaya ketika tewas 0-2 di tangan Terengganu FC, malam tadi.

Pengendalinya, Dollah Salleh berkata, barisan pemainnya gagal mempamerkan aksi yang sebenar malah dilihat keletihan.

“Pemain tidak bermaya, seolah-olah keletihan, ini bukan pasukan Pahang yang sebenar, saya pun tak pasti jadi macam ini.

“Kalau nak kata keletihan, kita cuti seminggu kerana tidak beraksi menentang Kedah sebelum ini, apa sekali pun kena terima hakikat.

“Rasa hampa kerana kami mahukan kemenangan atau sekurang-kurangnya satu mata, kalau pemain kekalkan begini kita takkan pergi kemana-mana,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan.

Tok Gajah ketika ini berada dikedudukan sembilan dengan 17 mata hanya dibezakan empat mata dengan Perak FC dikedudukan 11 liga namun skuad bimbingan Dollah masih memiliki baki satu perlawanan.

Mengulas dua gol yang terhasil menyebabkan kekalahan 0-2, Dollah melihat ianya merupakan gol mudah diberikan kepada tuan rumah.

“Lawan bijak mengambil peluang hasil kesilapan mudah dilakukan pemain, kita kehilangan beberapa tonggak utama selain pemain yang masih cedera tapi tetap turun bermain untuk membantu pasukan,” tegasnya.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis