Kecewa Fitch turunkan penarafan Malaysia

EkonomiKecewa Fitch turunkan penarafan Malaysia

Kerajaan kecewa dengan keputusan penarafan Fitch terutamanya ketika wabak Covid-19 masih belum berakhir.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sedangkan, tanda awal pemulihan ekonomi Malaysia mula dicatatkan, hasil daripada pelbagai pakej rangsangan yang dilaksanakan kerajaan sejak Mac 2020.

Katanya, dengan hanya menumpukan kepada kedudukan fiskal dan keadaan politik Malaysia, keputusan berkenaan tidak memberikan gambaran sebenar dan tidak mengiktiraf hasil usaha tindak balas krisis kerajaan serta asas ekonomi negara yang masih kukuh.

“Malaysia sudah bertindak segera dan berterusan dalam menangani krisis Covid-19 menerusi sekurang-kurangnya empat pakej rangsangan bernilai RM305 bilion (USD75 bilion) atau sekitar 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk membantu rakyat dan menyokong perniagaan.

“Kesemua pakej terbabit dijangka menyumbang lebih empat mata peratusan kepada pertumbuhan KDNK tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, langkah pakej rangsangan yang bersasar dan bersifat sementara terbabit membantu mengurangkan impak terhadap defisit fiskal Kerajaan.

“Malah penubuhan Agensi Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) sebagai badan khusus yang menjalankan pemantauan secara tersusun dan telus berjaya memastikan keberkesanan dan kecekapan penyampaian setiap langkah rangsangan.

“Diperkukuhkan kajian Universiti Johns Hopkins, Malaysia mencapai nisbah kes Covid-19 berbanding kematian dalam lingkungan 10 peratus terendah di peringkat global hasil daripada pelaksanaan langkah yang berkesan dalam membendung wabak terbabit,” katanya.

Tambahnya, secara keseluruhannya, asas ekonomi yang kukuh serta langkah fiskal berkesan membolehkan Malaysia melaksanakan tindakan yang cepat, berkesan dan strategik dalam menghadapi
persekitaran mencabar dan pada masa yang sama mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya tahan untuk masa hadapan. – UTUSAN ONLINE

Berkaitan

Komen

1 komen

  1. Apa yg boleh Diharapkan dari penaraf Bangsa Yahudi dan Nasrani, diaorg tu kawan2 Bang Non, mesti mau tunjuk yg Malaysia tu lemah.
    Lagi pun sebelum Pru14, Mahathir kan sibuk bayar semua penyangak Yahudi dan Nasrani untuk buruk2 kan Malaysia.
    Bang Non, Mahathir termasuk Evangelist LGE LKS semua mesti di pencen kan segera. Yang ada pula orang Melayu yg sokong bermati-matian penyangak ni, memang otak diaorg dah putus wire.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis