“Keabsahahan Saya Sebagai PM Ditentukan September Ini”

Berita“Keabsahahan Saya Sebagai PM Ditentukan September Ini”

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari menegaskan bahawa keabsahahan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan di Parlimen yang akan bersidang pada September ini.

Muhyiddin berkata, beliau sudah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau akan menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen.

“Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada September.

“Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.

“Alhamdulillah, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan saya ini.

“Sementara itu, Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menangani pandemik Covid-19,”katanya menerusi Perutusan Khas, hari ini.

Semalam, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan keputusan itu menegaskan bahawa parti itu memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN dan Perdana Menteri selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO. – myMetro Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis