KBS optimis atlet mampu ulangi pencapaian

Gaya HidupKBS optimis atlet mampu ulangi pencapaian

Reezal (kanan) ketika mengadakan tinjaun di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) optimis barisan atlet yang menggalas cabaran pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 mampu mengulangi pencapaian pungutan pingat sebagaimana diraih pada temasya di Rio De Janeiro, Brazil.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, ketika ini semua pihak termasuk Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Malaysia (MSN) sentiasa fokus memastikan atlet berada pada tahap optimum dengan menyediakan kemudahan terbaik untuk mereka.

“Kita sentiasa mengharapkan terbaik pada kejohanan Olimpik namun ketika ini paling penting adalah persiapan atlet dengan keadaan sekarang yang terpaksa melalui halangan getir.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada persatuan sukan, MOM dan MSN yang menyediakan kemudahan untuk mereka.

“Sasaran pingat pingat kita tunggu dulu kena bersembang dengan MOM kerana saya tahu ramai rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu sasaran pingat,” katanya, selepas mengadakan tinjaun di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan.

Pada kejohanan Olimpik terdahulu menyaksikan Malaysia berjaya membawa pulang empat perak dan satu gangsa sekali gus boleh dikatakan antara pencapaian terbaik barisan atlet negara.

Dalam perkembangan sama, Reezal memaklumkan pihaknya akan mengumumkan sasaran pingat apabila semua atlet sudah sah melayakkan diri ke Olimpik dengan mengambil kira peluang yang dapat dicapai oleh mereka kelak.

“Saya dapat melihat semua atlet bertungkus lumus bersedia memberikan persembahan terbaik nanti walaupun mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran namun semua pihak berusaha memastikan Malaysia mampu membuat kejutan,” katanya.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis