Kanerva fahami perasaan pemainnya ekoran insiden ke atas Eriksen

Gaya HidupKanerva fahami perasaan pemainnya ekoran insiden ke atas Eriksen

Markku Kanerva

KETUA Jurulatih Finland, Markku Kanerva memahami perasaan skuad bimbingannya selepas insiden membabitkan pemain Denmark, Christian Eriksen yang rebah secara tiba-tiba pada kempen Euro 2020, awal pagi tadi.

Baginya, sebelum saingan bersambung semula dia memberikan kata-kata semangat dan nasihat agar menumpukan sepenuhnya kepada perlawanan.

“Kejadian yang menimpa Eriksen sangat dramatik dan sangat menyedihkan. Kami memperolehi keputusan positif hasil perlawanan ini namun akan mengingati perkara ini.

“Sebelum saingan dimulakan, saya memahami perasaan mereka. Saya faham bahawa itu tidak mudah,” ujarnya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Parken, Copenhagen awal pagi tadi, jaringan tunggal Joel Pohjanpalo minit ke-60 memisahkan kedudukan kedua-dua pasukan untuk memberikan tiga mata penuh buat Finland.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis