Kami masih belum selamat – Syamim Yahya

Gaya HidupKami masih belum selamat – Syamim Yahya

PEMAIN tengah Melaka United FC, Ahmad Syamim Yahya menyifatkan kemenangan 1-0 ke atas Sabah FC pada Suku Akhir Pertama di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Ahad lalu masih belum selamat selain menjangkakan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee akan tampil aksi berbeza kali ini.

Tegasnya, mereka (MUFC) belum selamat memandangkan apa-apa boleh berlaku di Stadium Hang Jebat, malam esok.

“Mungkin masa itu taktikal mereka kurang menjadi dan kita pun sempat menjaringkan satu gol.

Syamim mengharapkan isu ini tidak lagi diperbesarkan sebaliknya ingin fokus kepada aksi suku akhir kedua, malam esok.

“Kalau tanya saya atau pemain-pemain Melaka lain, pemain Sabah yang boleh jadi ancaman adalah Amri Yahya sebab kalau dia dapat bola, kita tidak boleh nak baca apa yang dia fikir dan dia memang panjang akal.

“Bukan Amri sahaja, pemain seperti Rawilson Batuil, Azzizan Nordin, Alto Linos juga perlu diawasi, dan bagi saya, kita tidak boleh ambil mudah walaupun beraksi di laman sendiri”, tambahnya.

Dalam perkembangan sama, bekas pemain Felda United dan Terengganu FC ini telah memohon maaf kepada Amri Yahyah atas apa yang berlaku sambil menjelaskan insiden itu tidak disengajakan.

“Masa itu keadaan agak kelam kabut, dan saya sebenarnya nak tarik Gomez (Giovane Gomez) dan saya letakkan kaki saya di tengah-tengah antara kaki dia.

“Saya tak nampak yang kaki Amri dekat situ, dan waktu itu saya ada tanya keadaan Amri, dia cakap tangan dia sakit jadi kalau betul saya memang nak sengaja pijak, mesti kaki dia akan sakit juga.

“Saya pun tak perasan yang saya ada pijak Amri dan lepas saya dapat video, baru saya nampak situasi sebenar, terus saya mesej Amri, dia pun cakap tiada apa-apa dan kami berdua baik-baik sahaja.

“Takkan la saya nak pijak dia dengan sengaja, dan saya pun sudah minta maaf dekat Amri atas apa yang berlaku sebab saya memang tidak sengaja”, jelasnya.

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis