Kadar Inokulasi Kedua Tertinggi Semalam

BeritaKadar Inokulasi Kedua Tertinggi Semalam

KUALA LUMPUR – Kadar pemberian vaksin di negara ini mencatatkan perangkaan kedua tertinggi, semalam iaitu 446,052 dos dalam tempoh 24 jam.

Jumlah inokulasi tertinggi yang pernah direkodkan sebelum ini ialah pada 15 Julai lalu, membabitkan 460,158 dos.

Perangkaan semalam sekali gus menyaksikan lonjakan semula pada kadar inokulasi biasa, sebanyak 48.9 peratus berbanding 299,593 dos yang direkodkan, kelmarin, susulan cuti umum Aidiladha.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), menjelaskan sebanyak 282,980 terdiri daripada dos pertama, manakala 163,072 ialah dos kedua. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis