Jumlah Pemberian Vaksin Covid-19 Cecah 23 Juta Dos

BeritaJumlah Pemberian Vaksin Covid-19 Cecah 23 Juta Dos

KUALA LUMPUR – Sebanyak 23,161,255 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,162,424 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,998,831 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 46.4 peratus daripada populasi negara sudah mendapat dos pertama, manakala 24.5 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 514,674 dos diberikan semalam dengan 220,839 adalah pemberian dos pertama manakala 293,835 lagi adalah dos kedua. – BERNAMA

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis