“Johor Tidak Ingin Terlibat” – TMJ

Berita“Johor Tidak Ingin Terlibat” – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bahawa negeri itu tidak akan terlibat dalam apa-apa keputusan yang akan menjejaskan Perlembagaan, kedaulatan institusi diraja dan kesejahteraan rakyat.

Menerusi ruangan Instastory di akaun Instagram baginda, penegasan Tunku Ismail itu mencuri tumpuan pelbagai pihak susulan kemelut politik yang berlaku ketika ini. 

“Apa-apa keputusan yang akan menjejaskan Perlembagaan, kedaulatan institusi diraja dan kesejahteraan rakyat, Johor tidak ingin terlibat. 

“Keutamaan adalah kestabilan negara dan kehidupan rakyat dan bukan kepentingan peribadi,” titah Tunku Ismail menerusi akaun Instagram HRH Crown Prince of Johor, hari ini.

Walaupun tiada apa-apa penjelasan diberikan, namun ramai mengaitkan dengan suasana politik yang berlaku ketika ini di peringkat Persekutuan.

Dalam satu lagi Instastory yang dimuat naik, Tunku Mahkota Johor turut menulis ‘pemimpin sejati tidak boleh dibeli.

Hantaran tersebut dibuat beberapa jam sebelum Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan perbincangan khas berhubung pencalonan Perdana Menteri baharu di Istana Negara.

Sementara itu, Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ismail Sultan Iskandar pula memetik sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abi Hurairah RA mengenai sifat orang munafik.

“Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berdusta dan apabila dia berjanji dia memungkiri dan apabila dia diberi amanah dia telah mengkhianati,” tulisnya. – UTUSAN ONLINE 

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis