Jemaah Menteri Masih Kekal Berfungsi

BeritaJemaah Menteri Masih Kekal Berfungsi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berkata berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri, dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik, ataupun mana-mana pemimpin parti politik.

“Merujuk kenyataan media yang dikeluarkan Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) bertarikh 7 Julai, kenyataan itu daripada suatu parti komponen yang membentuk kerajaan sedia ada, dilantik Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 43(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid semalam yang memaklumkan UMNO menarik sokongan kepada Muhyiddin berkuat kuasa serta merta dan meminta Perdana Menteri meletak jawatan. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis