JDTkah Yang Salah?

BeritaJDTkah Yang Salah?

MELAMPAU sungguh jika kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) cuba dipersalahkan disebalik prestasi hambar Harimau Malaya pada Kelayakan Piala Dunia 2022.

Hanya kerana pengendali skuad Harimau Malaya memanggil majoriti pemain kelab Harimau Selatan menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri menyatakan tidak bersetuju sebahagian besar pemainnya dipanggil menyertai pasukan kebangsaan.

Pasti ada sebab musabab individu yang layak dinobatkan sebagai pencetus revolusi pemodenan industri bola sepak Malaysia itu berpandangan demikian.

Apapun kena faham bola sepak bukan hanya tentang kehebatan individu. Ia melibatkan segenap aspek yang diperlukan dalam sukan itu termasuk latihan dan strategi.

Walau sehebat mana pemain dimiliki sesebuah pasukan, jika faktor lain termasuk juga permainan berpasukan kurang berkesan maka potensi untuk menang tipis jua.

Kesemua aspek itu ditentukan oleh pengurusan sesebuah pasukan bola sepak.

Dalam perkembangan ini ia melibatkan pengurusan skuad Harimau Malaysia, bukan pengurusan kelab Harimau Selatan.

Pengurusan skuad Harimau Malaya dan pengurusan kelab Harimau Selatan adalah dua entiti berbeza walaupun kedua-duanya harimau.

Justeru sangat tidak relevan kelab bola sepak JDT pula mahu dipersalahkan diatas kegagalan Harimau Malaya pada Kelayakan Piala Dunia 2022.

Kecualilah keseluruhan pasukan Harimau Malaya dikendali oleh pengurusan kelab bola sepak JDT.

Kena tahu juga JDT sebuah kelab bola sepak yang kuat sebagai sebuah pasukan. Bukan semata-mata disebabkan kehebatan mana-mana pemain.

Jika pemain JDT Guilherme de Paula didakwa kurang berkesan dalam mewakili pasukan kebangsaan, adakah ia salah kelab bola sepak JDT juga?

Pemain JDT pun ada kala kurang ‘perform’ semasa beraksi mewakili kelab, maka bergantung kepada pengurusan pasukan menilai dan menyusun strategi.

Tunku Ismail sendiri menyifatkan penyerang kelahiran Brazil itu tidak sesuai untuk dijadikan ‘Harimau Import’.

Ia berikutan usia pemain itu kini mencecah 34 tahun sekali gus tidak memungkinkan dia untuk beraksi bagi tempoh jangka masa panjang bersama skuad kebangsaan.

Pastinya de Paula ditawar bermain untuk JDT diatas pertimbangan dan keperluan strategi tersendiri kelab JDT, bukan diatas keperluan pasukan negara.

Bagaimanapun tidaklah bermaksud kita bulat-bulat mahu menyalahkan pengurusan skuad Harimau Malaya kerana kita faham realiti.

Seperti kata Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed baru-baru ini.

Harimau Malaya tewas kepada UAE bukan disebabkan tidak bagus, tapi UAE berada dua langkah di depan dalam sukan bola sepak.

Maka kepada para haters kekasih gelap JDT yang sudah sekian lama ketandusan bahan mengecam Harimau Selatan sila berhenti buat kerja yang sia-sia.

Sekali-sekali cuba ‘buat bodoh-bodoh sedikit’ supaya tidak berterusan menyakiti dan mengecewakan diri sendiri kerana JDT akan terus meluaskan kuasanya! – Mynewshub.TV

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis