JDT Sebuah Kisah Istana Johor

BeritaJDT Sebuah Kisah Istana Johor

ORANG lama Johor kerap bercerita betapa institusi di raja mereka tidak pernah mengabaikan rakyatnya.

Kesultanan Johor sejak tahun 1899 mengutamakan kepentingan rakyat dalam apa jua keadaan.

Dasar pemerintahan Istana Johor yang tidak pernah berubah sehingga ke kesultanan pada hari ini.

Daripada isu pentadbiran, keselamatan, kesihatan sehingga kepada sukan bola sepak.

Bola sepak? Ya benar bola sepak.

Jangan menyangka kewujudan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semata-mata kerana sukan bola sepak.

Bukan saja-saja Tunku Mahkota Johor melabur begitu banyak idea, strategi, masa dan wang untuk membina JDT.

Sebaliknya demi Tunku Ismail Sultan Ibrahim memenuhi aspirasi rakyat negeri itu yang cintakan sukan bola sepak.

Demi kasih Istana Johor yang mahu menggembirakan dan membuatkan para rakyatnya berasa bangga tentang Johor.

Mungkin sebab itu Tunku Ismail pernah bertitah JDT tidak akan sesekali ‘terbunuh’ (tenggelam) selagi baginda ada.

Kerana baginda Tunku Mahkota Johor tahu betapa kelab bola sepak JDT amat bererti dan bermakna buat rakyat negeri itu.

JDT yang kini menjadi lambang utuh perpaduan dan identiti Bangsa Johor terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Itulah JDT sebuah kisah yang diterjemahkan daripada penjenamaan semula pasukan bola sepak Johor kira-kira sembilan tahun lalu.

Sebuah kisah malar segar iltizam dan akur janji Tunku Mahkota Johor di tengah padang Stadium Larkin tanggal 4 September 2012.

Tunku Ismail yang ketika itu baru berusia 27 tahun berjanji di hadapan ratusan rakyat Johor untuk memenuhi permintaan mereka.

Berjanji mengembalikan kegemilangan bola sepak Johor sekali gus disambut sorakan mereka yang berada di stadium tersebut.

Dengan jolokan baharu Harimau Selatan, kelab JDT mengorak langkah demi langkah memperluaskan kuasa bola sepaknya.

Bukan setakat di peringkat domestik, malah direvolusikan sehingga berjaya bergelar Juara AFC pada tahun 2015.

Menjalin kerjasama dengan pelbagai kelab bola sepak terkemuka sehingga nama JDT dikenali di pentas antarabangsa.

Maka benarlah institusi di raja Johor tidak pernah mengabaikan rakyatnya walau dalam apa jua keadaan.

Keperluan, kesejahteraan dan kehendak rakyatnya sentiasa menjadi keutamaan demi Johor sebuah negeri gemilang, aman dan makmur. – Mynewshub.TV

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis