Jangkitan Harian COVID-19 Kekal Lebih 7,000 Kes

BeritaJangkitan Harian COVID-19 Kekal Lebih 7,000 Kes

PUTRAJAYA – Jangkitan harian COVID-19 negara ini, kekal melebihi 7,000 kes untuk dua hari berturut-turut, apabila merekodkan 7,097 penularan baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 799,790 kes.

Katanya, Selangor kekal menjadi negeri mencatatkan pertambahan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,119 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,005 kes.

“Selain itu, turut mencatatkan pertambahan kes hari ini ialah Negeri Sembilan dengan 788 kes; Melaka (358); Sarawak (289); Pahang (258); Sabah (244); Johor (224); Kedah (198); Perak (187); Pulau Pinang (140) dan Kelantan (123).

“Tiga negeri lagi mencatatkan pertambahan kes dua digit iaitu Labuan dengan 93 kes baharu; Terengganu (43) dan Putrajaya (26) manakala Perlis mencatatkan dua kes baharu hari ini,” katanya dalam Facebook hari ini. – BH Online

Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Terkini

Popular

Kolumnis